Berapa Kali Boleh Bersalin Operation? Ini Risiko Jika Terlebih Czer, Bahaya Untuk Ibu!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Risiko kesihatan akan meningkat bagi setiap prosedur bersalin operation. Jadi persoalan utama di sini, berapa kali boleh bersalin secara pembedahan dan apakah antara risikonya? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Untuk maklumat lanjut tentang Kehamilan, lihat di sini.
Berapa kali boleh bersalin secara pembedahan yang selamat?
Bercakap mengenai jumlah pembedahan caesarean yang boleh dilakukan dengan selamat, tiada jawapan tepat dapat diberikan.
Ini kerana sesetengah individu boleh menjalani 6-7 pembedahan caesarean tanpa sebarang masalah. Manakala bagi yang lain, selepas satu prosedur kelahiran caesarean, mereka berdepan masalah serius seperti gangguan spektrum plasenta akreta.
Namun secara amnya, tidak disyorkan untuk menjalani kaedah czer operation lebih daripada tiga kali.
[embed-health-tool-due-date]
Risiko bersalin operation berulang
C-section boleh menjadi prosedur yang menyelamatkan nyawa, namun risiko bersalin secara caesarean operation tetap ada, terutamanya apabila pakar memotong lapisan kulit, otot dan organ – tisu parut akan wujud.
Parut caesarean boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan akan datang pada rahim, plasenta dan perut. Lebih kerap hirisan dibuat, lebih besar risiko komplikasi.
Risiko bersalin secara caesarean semasa kehamilan
Selepas prosedur bersalin operation, risiko plasenta previa pada kehamilan akan datang meningkat sebanyak 1.5-6 kali ganda.
Plasenta previa adalah keadaan di mana plasenta berkembang di atas saluran serviks. Lebih banyak C-sec yang anda jalani, lebih besar risiko untuk kehamilan seterusnya.
Komplikasi plasenta lain kesan pembedahan caesarean termasuklah:
- Plasenta akreta
- Plasenta inkreta
- Plasenta perkreta
Kesemua komplikasi ini secara kolektif dirujuk sebagai spektrum plasenta akreta – melibatkan kelekatan placenta ke dalam dinding rahim.
Komplikasi rahim pecah pula adalah pada kadar 0.5%. Ia meningkat seiring dengan jumlah pembedahan caesarean yang dijalani.
Risiko bersalin operation: Semasa kelahiran
Selain risiko bersalin secara caesarean, prosedur kehamilan czer turut mempunyai risiko tersendiri.
Antara contohnya, pakar bedah tanpa sengaja terpotong dan mencederakan tisu atau organ di sekelilingnya. Situasi itu secara tidak langsung meningkatkan risiko kecederaan usus dan pundi kencing.
Lekatan (adhesion) adalah komplikasi lain yang berpotensi untuk terjadi. Ia boleh berlaku apabila tisu parut bersambung dengan tisu dan organ yang biasanya tidak melekat bersama.
Pelekatan ini akan merumitkan pembedahan akan datang. Ia menjadikannya lebih mencabar untuk membuka rahim dan meningkatkan tempoh masa pembedahan. Kehadiran pelekatan ini juga dikaitkan dengan risiko kecederaan pundi kencing lebih besar.
Pendarahan berlebihan juga merupakan faktor risiko untuk mana-mana pembedahan, termasuklah czer.
Berbanding kelahiran normal melalui faraj, C-Sec membawa risiko tertinggi pendarahan selepas bersalin (PPH).
Risiko selepas bersalin operation
Terdapat perkaitan kuat antara pemulihan hirisan hernia dan czer sebelumnya. Risiko pemulihan akan meningkat seiring bilangan pembedahan yang pernah dialami seseorang.
Parut endometriosis boleh berlaku selepas pembedahan caesarean. Ia boleh berlaku selepas berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun selepas pembedahan – dengan jangka masa purata kejadian 30 bulan. Risikonya adalah 2x ganda berbanding wanita yang bersalin secara faraj.
Seorang wanita itu adalah 5x ganda lebih berisiko mengembangkan masalah darah beku berbahaya apabila hamil. Kelahiran melalui pembedahan pula akan menggandakan risiko itu.
Jangkitan pada luka pembedahan adalah antara komplikasi paling biasa daripada prosedur caesarean. Ia boleh dikaitkan dengan kematian ibu.
Manakala necrotizing fasciitis adalah komplikasi teruk yang melibatkan jangkitan gangren dan boleh mengancam nyawa.
Tip merendahkan risiko bersalin operation
Umumnya, risiko berkaitan pembedahan caesarean tidak semestinya akan berlaku. Ia bergantung kepada kesihatan keseluruhan dan keadaan kehamilan.
Pun begitu, jika anda perlu menjalani pembedahan caesarean, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risikonya.
Punca pertama kali bersalin ceaser
Pembedahan caesarean primer mempunyai risiko tersendiri dan ia juga menetapkan tahap peningkatan risiko untuk kehamilan dan kelahiran masa akan datang.
Jika anda merancang untuk mempunyai ramai anak, pertimbangkan risiko pembedahan caesarean primer pada kehamilan akan datang amat penting. Elakkan daripada menjalani pembedahan caesarean tanpa rundingan pakar perubatan.
Jika sebelum ini terdapat punca bersalin secara caesarean yang tidak dapat dielakkan, pembedahan caesar ulangan bukanlah satu-satunya pilihan anda. Kelahiran faraj selepas caesarean (VBAC) adalah antara pilihan yang boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu.
Tempoh kehamilan seterusnya
Kehamilan yang berlaku kurang daripada enam bulan daripada pembedahan caesarean terakhir berisiko lebih besar untuk mendapat kesan buruk. Ini khususnya risiko rahim pecah lebih besar pada mereka yang mempunyai selang masa lebih pendek antara kehamilan.
Penggunaan kontraseptif antara kehamilan boleh membantu mengurangkan risiko ini. Berundinglah dengan doktor bagi mengetahui pilihan kawalan kelahiran paling sesuai dengan diri anda.
Masa bersalin operation
Individu wanita yang menjalani pembedahan caesarean berganda, waktu bersalin itu boleh mengurangkan risiko komplikasi jika ia berlaku pada minggu ke-39 kehamilan.
Amat disyorkan untuk menangguhkan prosedur pembedahan caesarean yang dijadualkan hingga usia kandungan genap 39 minggu.
Sumber rujukan
- Multiple C-Sections. https://healthcare.utah.edu/womenshealth/pregnancy-birth/multiple-c-sections.php#, Accessed on Nov 16, 2022
- You Asked: How many C-sections can a woman have? https://vitalrecord.tamhsc.edu/asked-many-c-sections-can-woman/#, Accessed on Nov 16, 2022
- Repeat C-sections: Is there a limit? https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/expert-answers/c-sections/faq-20058380, Accessed on Nov 16, 2022
- How many caesareans can I safely have? https://www.babycentre.co.uk/x546895/how-many-caesareans-can-i-safely-have, Accessed on Nov 16, 2022
- Caesarean section. https://www.nhs.uk/conditions/caesarean-section/, Accessed on Nov 16, 2022
- Cesarean Delivery on Maternal Request. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2019/01/cesarean-delivery-on-maternal-request, Accessed on Nov 16, 2022
- Mohamad K. Ramadan, Ahmad Abdulrahim, Saad Eddine Itani, Mohamad Hourani, Fadi G. Mirza. Timing of an Elective Repeat Cesarean Delivery at Term: Addressing the Controversy (2019). https://www.jcgo.org/index.php/JCGO/article/view/526, Accessed on Nov 16, 2022
- N Breslin,E Vander Haar,AM Friedman,C Duffy,C Gyamfi-Bannerman. Impact of timing of delivery on maternal and neonatal outcomes for women after three previous caesarean deliveries; a secondary analysis of the caesarean section registry (2019). https://doi.org/10.1111/1471-0528.15652, Accessed on Nov 16, 2022
- Gurol-Urganci, I., Cromwell, D.A., Edozien, L.C. et al. Risk of placenta previa in second birth after first birth cesarean section: a population-based study and meta-analysis. BMC Pregnancy Childbirth 11, 95 (2011). https://doi.org/10.1186/1471-2393-11-95, Accessed on Nov 16, 2022
- Motomura, K., Ganchimeg, T., Nagata, C. et al. Incidence and outcomes of uterine rupture among women with prior caesarean section: WHO Multicountry Survey on Maternal and Newborn Health. Sci Rep 7, 44093 (2017). https://doi.org/10.1038/srep44093, Accessed on Nov 16, 2022
- Zuarez-Easton S, Zafran N, Garmi G, Salim R. Postcesarean wound infection: prevalence, impact, prevention, and management challenges. Int J Womens Health. 2017;9:81-88. https://doi.org/10.2147/IJWH.S98876, Accessed on Nov 16, 2022
Rujukan artikel asal