KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Ini Senarai semak Barang Baby Masa Hamil Hingga Si Manja Setahun! Mama, Jom Semak!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Apabila bercakap mengenai senarai semak barang baby, selalunya barangan yang dibeli ibu bapa adalah berlebihan dan kadangkala tidak digunakan langsung. 

Ini Senarai semak Barang Baby Masa Hamil Hingga Si Manja Setahun! Mama, Jom Semak!

Apa yang pasti, si manja hanyalah memerlukan pakaian yang mencukupi, selain keperluan untuk memastikan dirinya bersih, di samping persekitaran yang selesa dan selamat. 

Ingin tahu apakah senarai barang keperluan bayi yang patut dibeli? Dalam artikel ini ada jawapannya!

Untuk maklumat lanjut tentang Kehamilan, lihat di sini.

Senarai semak barang baby: Semasa ibu hamil hingga kepulangan si manja di rumah

Amnya, segala yang disenaraikan di bawah adalah barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Sepanjang tempoh kehamilan 

Berikut antara barangan penting untuk mereka yang bakal bergelar ibu:

  • Vitamin pranatal
  • Bra dengan sokongan tambahan
  • Pakaian sesuai untuk ibu hamil dan seluar yang boleh diregangkan pada pinggang
  • Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan
  • Tali pinggang sokongan perut
  • Bantal tambahan untuk sokongan

Persediaan ke hospital

Ketika sibuk membuat senarai semak barang baby, jangan sampai terlupa melakukan persediaan dan persiapan barangan ke hospital untuk melahirkan bayi nanti.

Untuk ibu

  • Selipar
  • 2 atau 3 bra yang selesa dan menyokong, termasuk bra penyusuan jika anda merancang untuk menyusu badan. Ingat! Payudara anda akan lebih besar daripada biasa
  • Pelapik payudara
  • Stoking – dalam beberapa pasang
  • Seluar dalam  – dalam beberapa pasang
  • Peralatan mandian – berus gigi, ubat gigi, penyikat rambut, pelembap bibir, losen dan deodoran
  • Tuala mandi
  • 3-4 keping tuala wanita atau bersalin

Senarai semak barang baby
  • Sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk dipakai pulang ke rumah – sediakan beberapa saiz berbeza 0-3 bulan dan bukan sekadar baju newborn
  • Selimut
  • Beg lampin, termasuk beberapa keping lampin, kain lap dan puting bayi
  • Stoking bayi
  • Cat seat bayi

Senarai barang keperluan bayi untuk taska & rumah

  • Tikar permainan. Bayi baru lahir akan mendapat manfaat apabila mereka boleh melakukan tummy time setiap hari. Anda cuma perlu sediakan tikar permainan yang nipis dan lembut di atas lantai untuk memberikan bayi ruang menikmati beberapa minit tummy time, beberapa kali sehari
  • Pelapik tilam 
  • Tab mandian bayi
  • Detergen dobi untuk bayi, terutamanya jika mereka mempunyai kulit sensitif
  • Penyedut hidung
  • Ubat melegakan demam dan kesakitan untuk bayi
  • Mesin yang mengeluarkan muzik lembut. Ia dapat membantu menenangkan bayi yang baru lahir dan dipercayai membantu mereka tidur lebih lena
  • Tempat penyimpanan pakaian. Anda boleh menyediakan almari pakaian atau pun hanya menggunakan bakul untuk menyediakan pakaian si manja 

Senarai semak barang baby: Penyusuan susu ibu & susu formula

Penyusuan susu ibu Penyusuan susu formula
  • Krim puting
  • Bra menyusu
  • Pelapik payudara
  • Bantal menyusu
  • Pam susu
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • 8+ botol susu: Bayi anda memerlukan botol 4-auns untuk beberapa minggu pertama dan saiz yang lebih besar kemudiannya
  • Puting untuk bayi baru lahir
  • Stok susu formula untuk beberapa minggu
  • Berus pembersih botol dan rak pengeringan
  • Bottle sanitizer

Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif juga mungkin perlu menyediakan bekalan botol susu. Ini akan digunakan jika ibu tidak dapat menyusukan bayi secara terus.

senarai semak barang baby
Panduan tempoh hayat susu ibu.

Senarai semak barang baby: 0-12 bulan

Berikut pula adalah senarai barangan keperluan si manja untuk tahun pertama kehidupannya. Jom kita tengok apa yang perlu dibeli.

Senarai semak keperluan bayi 0-3 bulan

Anda disarankan untuk membeli barangan keperluan bayi usia 0-3 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.

  • 2+ – hooded towel 
  • 4+ – kain lap bayi yang lembut
  • Sabun bayi yang lembut atau sesuai untuk kulit sensitif
  • Syampu bayi
  • Penyepit kuku bayi, kerana penyepit kuku anda terlalu besar untuk mereka
  • Berus penyikat rambut lembut
  • 2 – pek lampin bayi pakai buang atau 24 helai kain lampin bayi 
  • Pin – jika anda menggunakan kain lampin
  • Tisu basah
  • Salap untuk ruam lampin dan bedak
  • 2+ – puting bayi
senarai semak barang baby
Puting juga mungkin diperlukan untuk bayi anda.
  • 6+ – romper
  • 6+ – pasang stoking tangan dan kaki
  • Beberapa pasang set baju dan seluar
  • Baju sejuk
  • Topi bayi
  • Buaian bayi atau baby rocker

Senarai semak barang baby ketika berusia 4-6 bulan

Sesetengah barangan yang dibeli semasa bayi berusia 0-3 bulan masih boleh dipakai, seperti selimut dan tidak perlu diganti lain. Tetapi ada beberapa keperluan lain perlu ditambah, seperti beberapa pakaian baharu.

  • Salap tumbuh gigi
  • Gegelang gigit (teething ring)
  • Sudu dan mangkuk untuk makanan pejal lembut
  • Kerusi makan bayi
  • Barang mainan – Rangsangan sentuhan adalah penting pada usia ini, dan setiap sentuhan membawa sensasi baharu. Cuba mainan dengan tekstur, bentuk dan warna yang berbeza. Rattles juga bagus pada peringkat ini, kerana si manja mungkin mula mengaitkan tindakan seperti menggoncang mainan, dengan maklum balas bunyi segera

Senarai semak barang baby untuk usia 7-12 bulan

Bayi anda jauh lebih interaktif sekarang, dan mungkin tidak lama lagi akan merangkak. Jadi berikut antara barangan yang perlu disediakan:

  • Pintu pagar untuk menyekat tangga dan bilik
  • Pengadang plastik dan/atau kusyen untuk bucu perabot
  • Bekas kecil untuk finger food apabila bayi mula ingin menyuap makanan sendiri
  • Sippy cup
  • Barang mainan – Board book dan busy board bagus untuk melibatkan koordinasi tangan-mata si manja. Soft toys, bongkah kayu dan squishy ball juga menyeronokkan buat mereka. Apabila semua itu jadi membosankan buat si manja, peralatan dapur seperti bekas makanan kosong turut akan menjadi pilihan mereka

Kesimpulan

Ketika menyediakan senarai barang keperluan bayi, ia pastinya sesuatu yang menggembirakan buat anda yang bakal bergelar ibu bapa, terutamanya jika ini adalah cahaya mata pertama kalian. Tetapi belilah barangan yang perlu sahaja.

[embed-health-tool-due-date]

Sumber rujukan

  1. A Guide for First-Time Parents. https://kidshealth.org/en/parents/guide-parents.html, Accessed on April 11, 2022
  2. Early Essential Newborn Care. https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/208158/9789290616856_eng.pdf, Accessed on April 11, 2022
  3. Baby Essentials. https://www.plunket.org.nz/being-a-parent/preparing-for-your-baby/baby-equipment/baby-essentials/, Accessed on April 11, 2022
  4. Newborn Checklist. https://www.vcuhealth.org/services/womens-health/our-services/pregnancy-and-birth/preparing-for-childbirth/newborn-checklist, Accessed on April 11, 2022 
  5. Newborn Checklist: Preparing For Your Baby. https://www.childrensomaha.org/newborn-checklist-preparing-for-your-baby/, Accessed on April 11, 2022 

 

Rujukan artikel asal
  1. A Guide for First-Time Parents. https://kidshealth.org/en/parents/guide-parents.html, Accessed on April 11, 2022
  2. Early Essential Newborn Care. https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/208158/9789290616856_eng.pdf, Accessed on April 11, 2022
  3. Baby Essentials. https://www.plunket.org.nz/being-a-parent/preparing-for-your-baby/baby-equipment/baby-essentials/, Accessed on April 11, 2022
  4. Newborn Checklist. https://www.vcuhealth.org/services/womens-health/our-services/pregnancy-and-birth/preparing-for-childbirth/newborn-checklist, Accessed on April 11, 2022 
  5. Newborn Checklist: Preparing For Your Baby. https://www.childrensomaha.org/newborn-checklist-preparing-for-your-baby/, Accessed on April 11, 2022 

 

Lihat halaman asal di Hello Doktor