KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Benarkah Susu Mentah Mengurangkan Simptom Alahan Laktosa?

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Salah satu daripada dakwaan tentang manfaat meminum susu mentah yang dibuat oleh pendukung kebaikan susu mentah adalah ia mampu mengurangkan simptom alergi laktosa kerana dipercayai susu mentah mengandungi enzim laktase.

Benarkah Susu Mentah Mengurangkan Simptom Alahan Laktosa?

Kewujudan enzim laktase dikatakan membantu memecahkan gula laktosa yang terdapat dalam susu sekali gus membantu mengurangkan simptom alahan laktosa seperti kembung perut, sakit perut, loya, cirit-birit dan kerap membuang angin.

Pemecahan Laktosa

Semua susu yang dihasilkan oleh mamalia (termasuk susu badan manusia) mengandungi gula laktosa kerana ia merupakan karbohidrat utama dan sumber tenaga terdapat dalam susu.

Laktosa dihasilkan oleh sel-sel epitilial kelenjar susu daripada glukosa dan galaktosa yang telah diserap dalam badan, melalui diet dan pemakanan.

alergi laktosa

Bila diminum susu ini, enzim laktase (β-galactosidase) memecahkan semula laktosa itu kepada glukosa dan galaktosa, sebelum diserap semula sebagai tenaga oleh peminum.

Menghidap alahan laktosa bermaksud seseorang itu tidak berupaya untuk memecahkan laktosa kerana masalah dengan enzim laktase mereka, lazimnya disebabkan oleh kurangnya penghasilan enzim laktase oleh usus kecil.

Membongkar Mitos

Benarkah susu mentah membantu mengurangkan simptom alergi laktosa?

Untuk menjawab soalan ini, satu kajian rawak-terkawal mengkaji kesan susu mentah ke atas 16 penghidap alahan laktosa menggunakan laporan alahan laktosa kendiri dan ujian kepastian masalah serapan laktosa (melalui ujian pernafasan Hidrogen).

Dapatan kajian ini adalah susu mentah bukan sahaja gagal untuk mengurangkan simptom alahan laktosa, ia turut gagal dalam megurangkan masalah serapan laktosa bila dibandingkan dengan susu terpastur dalam kalangan orang dewasa yang menghidap alahan laktosa.

Sebab utama kepada dapatan ini adalah kerana susu mentah langsung tidak mengandungi enzim laktase seperti yang didakwa, menyebabkan susu mentah tiada peranan dalam simptom alahan laktosa.

alergi laktosa

Walaupun susu mentah mengandungi kandungan rendah enzim pemecah protein (proteases) dan pemecah lemak (lipases), kandungan ini terlalu rendah untuk memainkan apa-apa peranan kepada fisiologi penghadaman manusia dan enzim ini turut wujud dalam susu yang telah dipastur kerana enzim-enzim ini secara relatifnya stabil-haba.

Tambahan lagi, sebaik sahaja diminum, enzim-enzim ini dihancurkan di perut akibat kesan daripada asid perut dan enzim pepsin yang dihasilkan.

Sebaliknya, produk tenusu yang mengandungi enzim laktase (β-galactosidase) adalah Yogurt.

Hal ini kerana Yogurt mengandungi bakteria baik yang tinggi yang menghasilkan enzim ini, menjadikan ia lebih mesra mereka yang alergi laktosa.

[embed-health-tool-bmr]

Sumber rujukan

  1. Mummah S, Oelrich B, Hope J, Vu Q, Gardner CD. Effect of Raw Milk on Lactose Intolerance: A Randomized Controlled Pilot Study. Ann Fam Med. 2014 Mar;12(2):134–41.
  2. Jay-Russell MT. Raw (Unpasteurized) Milk: Are Health-Conscious Consumers Making an Unhealthy Choice? Clin Infect Dis. 2010 Dec 15;51(12):1418–9.
  3. Lucey JA. Raw Milk Consumption. Nutr Today. 2015 Jul;50(4):189–93.
  4. Lactose intolerance: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lactose-intolerance/symptoms-causes/syc-20374232, Accessed Sept. 3, 2021.
  5. Milk allergy: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/milk-allergy/symptoms-causes/syc-20375101, Accessed Sept. 3, 2021.
  6. Lactose intolerance: https://www.nhs.uk/conditions/lactose-intolerance/, Accessed Sept. 3, 2021.
  7. Milk Allergy Vs. Lactose Intolerance: https://www.foodallergy.org/resources/milk-allergy-vs-lactose-intolerance, Accessed Sept. 3, 2021.
Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor