Ini 3 Pilihan Untuk Merawat Kanser Prostat Yang Boleh Dipertimbangkan Kaum ADAM!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Apakah rawatan kanser prostat yang boleh dijadikan pilihan untuk mereka dengan masalah ini? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara merawat kanser yang menakutkan kaum Adam ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Kanser lihat di sini.
Rawatan kanser prostat
Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk:
- Kadar kelajuan pembesaran kanser.
- Sejauh mana ia telah merebak.
- Kesihatan badan secara am.
- Potensi manfaat dan kesan sampingan daripada rawatan terbabit.
Bagi lelaki yang mengalami kanser prostat berisiko rendah, tempoh untuk merawatnya mungkin tidak perlu diberikan dengan kadar segera.
Malah, ada juga mereka yang tidak memerlukan sebarang rawatan tetapi sekadar pemeriksaan berkala sahaja.
Pemeriksaan berkala tersebut termasuk ujian darah, pemeriksaan rektum dan mungkin biopsi sampel tisu prostat. Jika ujian dan pemeriksaan ini menunjukkan kanser sedang berkembang, salah satu daripada mana-mana pilihan rawatan yang ada mungkin akan digunakan.
Baca juga:
Ini 7 Mitos Makanan KONTROVERSI Untuk Pesakit Kanser Prostat, No. 3 Ramai Orang Percaya!
Apakah pilihan rawatan kanser prostat?
Berikut pilihan rawatan:
#Kaedah pembedahan
Pembedahan sebagai rawatan kanser prostat melibatkan pembuangan organ prostat, tisu di sekelilingnya serta beberapa kelenjar limfa. Ia disebut sebagai radical prostatectomy dan boleh dilakukan melalui beberapa cara:
- Menggunakan robot untuk membantu pembedahan. Alat tertentu akan disambung kepada robot. Pembedahan dijalankan melalui potongan kecil pada kulit. Doktor akan mengawal pergerakan robot tersebut menggunakan alat tertentu.
- Pembedahan biasa. Doktor akan membuat potongan pada kulit bahagian bawah abdomen untuk membuang prostat.
#Terapi radiasi
Kaedah ini menggunakan tenaga berkuasa tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Ia boleh dilakukan melalui dua kaedah:
- Radiasi daripada luar badan (external beam radiation). Pesakit diminta untuk baring di atas meja sementara sejenis mesin akan bergerak mengelilingi badannya sambil melepaskan radiasi ke atas kanser prostat terbabit.
- Radiasi yang diletakkan di dalam badan (brachytherapy). Kaedah ini dilakukan dengan meletakkan beberapa biji radioaktif bersaiz beras in dalam tisu prostat. Ia akan melepaskan radiasi dengan dos rendah dalam tempoh yang lama.
#Terapi hormon sebagai rawatan kanser prostat
Sel kanser prostat berkembang dengan rangsangan daripada hormon testosteron. Terapi hormon membantu menyekat hormon ini bagi menghalang pertumbuhan sel kanser.
Ia boleh dilakukan dengan cara mengurangkan kadar testosteron, menghalang kesan testosteron ke atas sel kanser atau membuang testis yang menjadi sumber kepada hormon tersebut.
Terapi hormon digunakan dalam kes yang telah lanjut untuk mengurangkan saiz prostat. Ia juga mungkin diberikan pada peringkat awal kanser sebelum terapi radiasi untuk meningkatkan keberhasilannya.
Sumber rujukan
Prostate Cancer – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/diagnosis-treatment/drc-20353093
https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/treating.html
https://www.cancer.org/content/dam/CRC/PDF/Public/8796.00.pdf
https://www.cancer.net/cancer-types/prostate-cancer/types-treatment
https://www.cancer.gov/types/prostate/patient/prostate-treatment-pdq
https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/prostate-cancer
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087
Rujukan artikel asal
Prostate Cancer – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/diagnosis-treatment/drc-20353093
https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/treating.html
https://www.cancer.org/content/dam/CRC/PDF/Public/8796.00.pdf
https://www.cancer.net/cancer-types/prostate-cancer/types-treatment
https://www.cancer.gov/types/prostate/patient/prostate-treatment-pdq
https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/prostate-cancer
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087