KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Beberapa Khasiat Lemon Untuk Kanser Yang Anda Perlu Tahu

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Tahukah anda bahawa kebaikan lemon juga sebenarnya dapat membantu anda untuk memahami simptom dan tanda-tanda kanser payudara?

Beberapa Khasiat Lemon Untuk Kanser Yang Anda Perlu Tahu

Ini termasuklah inisiatif badan amal worldwide breast cancer yang menyampaikan maklumat tentang kanser payudara menggunakan buah lemon sebagai metafora.

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat lemon dan kaitannya dengan kanser payudara wanita.

Untuk maklumat lanjut tentang Kanser, sila dapatkan di sini

Ada apa dengan lemon?

Menurut laman sesawang Food for Breast Cancer, lemon (citrus lemon) adalah sumber vitamin C.

Kebaikan lemon dan kulit lemon juga adalah kaya dengan sumber asid klorogenik, didymin, diosmin, eriocitrin, hesperidin, hesperetin, limonene, limonin dan γ-terpinene, yang semuanya telah dilaporkan mempunyai ciri-ciri anti kanser.

Bahkan, kebaikan lemon yang lain juga adalah mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan antimikrobial.

kebaikan lemon

Hubungan kanser payudara dengan kebaikan lemon

Perillyl alcohol, hesperidin dan limonin semuanya telah ditunjukkan untuk menghalang percambahan sel-sel kanser payudara di makmal.

Ekstrak lemon telah ditunjukkan untuk menggerakkan apoptosis (kematian sel yang diprogram) dari positif reseptor hormon sel kanser payudara.

D-limonene yang merupakan sebatian lemak yang larut, telah terbukti berkumpul dalam tisu payudara pada paras lebih tinggi daripada paras dalam peredaran sistemik, yang berpotensi memberi kesan kepada risiko kanser payudara.

Kenali struktur payudara

Grafik ihsan worldwide breast cancer

Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dilakukan bukannya untuk mencari kanser semata-mata.

Tetapi ia lebih kepada untuk memahami struktur atau landskap normal payudara anda. Ini melibatkan melihat dan merasa.

PSP ini sesuai dilakukan beberapa hari selepas haid tamat iaitu apabila payudara tidak bengkak dan sakit.

Manakala bagi wanita berusia 40 hingga 50 tahun adalah disarankan untuk menjalani rawatan mamogram.

Ini kerana struktur payudara ketika umur ini menjadi kurang padat dan kanser lebih senang dikesan.

Kaedah ini boleh mengesan kanser 8 daripada 10 kali.

Apa yang anda boleh rasa dengan PSP

Grafik ihsan worldwide breast cancer

Berdasarkan grafik di atas, apabila sedang melakukan PSP, anda mungkin boleh merasai kewujudan ketulan asing.

Kebiasaannya ketulan kanser ini adalah keras dan sukar digerakkan seperti biji lemon. Ia juga muncul dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Ketulan normal bagi kilang susu dan kalenjar limfa adalah lembut seperti kacang pis.

Bagaimana untuk mengesahkannya?

1 daripada 20 wanita mempunyai risiko kanser payudara sepanjang hayat.

Risiko ini akan meningkat dengan pertambahan usia dan apabila terdedah kepada hormon estrogen yang lebih tinggi sepanjang hayat. Malah, 90% pesakit kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga.

Kebanyakan simptom kanser payudara boleh dikesan sendiri menerusi PSP.

Bagaimana pun, melakukan pemeriksaan secara lebih terperinci melalui ujian mamogram atau ujian lain seperti ultrasound dan MRI adalah sangat penting bagi mengesan dan mengesahkan jenis ketulan yang muncul sekitar payudara.

Ini juga adalah salah satu cara untuk mengesan kanser pada peringkat awal.

Sumber rujukan

Know Your Lemons. https://worldwidebreastcancer.org/malay/ Diakses pada Oktober 10, 2018.

Do Lemons Prevent Cancer? https://www.center4research.org/lemons-prevent-cancer/. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Cancer Diet: Food To Add And Avoid During Cancer Treatment. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/cancer/cancer-diet-foods-to-add-and-avoid-during-cancer-treatment. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Breast Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3986-breast-cancer. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Breast Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/symptoms-causes/syc-20352470. Diakses pada Oktober 31, 2023.

 

Rujukan artikel asal

Know Your Lemons. https://worldwidebreastcancer.org/malay/ Diakses pada Oktober 10, 2018.

Do Lemons Prevent Cancer? https://www.center4research.org/lemons-prevent-cancer/. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Cancer Diet: Food To Add And Avoid During Cancer Treatment. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/cancer/cancer-diet-foods-to-add-and-avoid-during-cancer-treatment. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Breast Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3986-breast-cancer. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Breast Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/symptoms-causes/syc-20352470. Diakses pada Oktober 31, 2023.

 

Lihat halaman asal di Hello Doktor