Nak Elak Kanser Payudara? Amalkan 5 Jenis Kumpulan Makanan Ini!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Seorang wanita boleh mengurangkan risikonya untuk kanser payudara dengan mengambil lebih banyak makanan yang terbukti melawan kanser. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 makanan elak kanser payudara.
Untuk maklumat lanjut tentang Kanser lihat di sini.
5 makanan elak kanser payudara
Sebenarnya terdapat banyak faktor dikaitkan dengan perkembangan kanser payudara.
Diet secara umumnya boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan anda dan dianggap sebagai antara cara untuk mengurangkan risiko kanser.
Walaupun anda mengamalkan diet kaya nutrien, namun anda masih perlu melakukan pemeriksaan kanser payudara secara berkala seperti mamogram dan pemeriksaan manual.
Bercakap mengenai pemakanan, terdapat beberapa vitamin dan nutrien boleh mengurangkan risiko untuk kanser payudara.
1. Sayuran, antara 5 makanan elak kanser payudara
Sayuran hijau berdaun gelap
Sayuran jenis ini dipercayai boleh melawan kanser payudara. Daunnya sarat dengan antioksidan yang mampu memusnahkan radikal bebas penyebab kanser.
Sayuran berdaun gelap termasuk:
- Bok choy
- Kale
- Sayur sawi
- Bayam
Sayur allium
“Allium” merupakan perkataan Latin untuk bawang putih. Namun terdapat lebih banyak sayuran lain tergolong dalam keluarga allium yang boleh menurunkan risiko kanser.
Sayuran jenis ini mengandungi vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Ia juga mempunyai sebatian sulfur yang boleh menghalang pembekuan darah dan menguatkan sistem imun.
Antara sayur allium adalah:
- Daun kucai
- Daun bawang
- Bawang putih
- Bawang besar
- Bawang merah
Sayuran cruciferous
Sayuran cruciferous dianggap sebagai makanan yang boleh dimakan oleh pesakit kanser payudara. Ini kerana ia dapat membentuk sebatian khas (selepas dikunyah dan dihadam), yang berfungsi melawan dan mencegah kanser.
Menurut National Cancer Institute, kumpulan sayuran ini boleh menghalang kerosakan sel, mengurangkan keradangan dan memusnahkan sel-sel kanser berbahaya.
Ia juga boleh menyahaktifkan karsinogen (bahan penyebab kanser) dan menghalang saluran darah daripada terbentuk di dalam tumor.
Antara pilihan sayuran adalah:
- Brokoli
- Pucuk Brussels
- Kubis
- Kubis bunga
- Kale
- Lobak
- Selada air (Watercress)
2. Beri bantu elak kanser payudara
Beri mengandungi antioksidan dan vitamin yang boleh melindungi sel, membaiki sel yang rosak, dan memperlahankan penyebaran sel kanser.
Beri dengan warna lebih gelap mempunyai 50% lebih antioksidan daripada yang berwarna cerah. Dipercayai beri biru dan beri hitam boleh memusnahkan tumor payudara dan sel-sel kanser.
Anda digalakkan untuk memilih beri segar berbanding yang dikeringkan kerana kandungan gula tambahannya lebih tinggi dan hanya mengandungi sedikit nutrien.
Antara pilihan beri seperti:
- Beri hitam
- beri biru
- Kranberi
- Raspberi
- Strawberi
3. Buah sitrus, 5 makanan elak kanser payudara
Buah sitrus mengandungi vitamin C, folat, kalsium dan banyak nutrien lain yang boleh mencegah dan melawan kanser payudara.
Contoh buah sitrus:
- Tangerin
- Limau gedang
- Limau kumkuat
- Lemon
- Limau nipis
- Oren
- Pomelo
Baca juga:
“Berapa Usia Yang Sesuai Untuk Lakukan Pemeriksaan Mamogram?” — Hello Doktor
4. Ikan berlemak
Jenis ikan tertentu mengandungi lemak sihat dan antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan berkaitan kanser payudara.
Jenis ikan berlemak yang sihat termasuk:
- Ikan bilis
- Ikan hering
- Tenggiri
- Salmon
- Sardin
- Trout
- Tuna
5. Makanan ditapai, antara 5 makanan elak kanser payudara
Fermented food mengandungi probiotik tinggi – bakteria dan yis hidup yang sihat – baik untuk sistem penghadaman.
Probiotik juga berfungsi untuk menghalang badan daripada menyerap toksin berbahaya punca kanser payudara.
Makanan yang ditapai termasuk:
Kefir rasanya seperti yogurt yang boleh diminum. Manakala kombucha adalah minuman berkarbonat yang mengandungi teh hitam dan gula semula jadi.
Kimchi adalah hidangan sayur-sayuran Korea berperisa yang mengandungi kubis. Natto pula adalah hidangan dibuat dengan kacang soya yang ditapai.
Kesimpulan
Risiko untuk mengalami kanser adalah kompleks, namun sedikit sebanyak ia dipengaruhi oleh diet anda.
Mengamalkan 5 makanan elak kanser payudara yang dikongsikan di atas bersama diet berkhasiat lain boleh membantu mengurangkan kecenderungan untuk mengalami kanser ini.
Dalam masa sama, elak atau hadkan pengambilan item seperti alkohol, daging diproses dan makanan serta minuman manis.
Anda juga disarankan untuk mengikuti janji temu perubatan dan pemeriksaan seperti biasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan pakar untuk mendapatkan lebih kepastian.
Sumber rujukan
- Nutrition for Breast Cancer Prevention. https://www.ucsfhealth.org/education/basic-facts-about-breast-health-nutrition-for-breast-cancer-prevention, Accessed on Feb 20, 2023
- Nutrition Services for Cancer Patients. https://stanfordhealthcare.org/medical-clinics/cancer-nutrition-services/reducing-cancer-risk/breast-cancer-prevention.html, Accessed on Feb 20, 2023
- What you eat plays a role in reducing breast cancer risk factors. https://health.osu.edu/wellness/exercise-and-nutrition/foods-reduce-risk-breast-cancer, Accessed on Feb 20, 2023
- How Your Diet May Affect Your Risk of Breast Cancer. https://www.cancer.org/latest-news/how-your-diet-may-affect-your-risk-of-breast-cancer.html#, Accessed on Feb 20, 2023
- Can a healthy diet help to prevent breast cancer? https://www.nationalbreastcancer.org/breast-cancer-faqs/can-a-healthy-diet-help-to-prevent-breast-cancer/, Accessed on Feb 20, 2023
- A. Heather Eliassen,corresponding author Sara J. Hendrickson, Louise A. Brinton, Julie E. Buring, Hannia Campos, Qi Dai, Joanne F. Dorgan, Adrian A. Franke, Yu-tang Gao, Marc T. Goodman, Göran Hallmans, Kathy J. Helzlsouer, Judy Hoffman-Bolton, Kerstin Hultén, Howard D. Sesso, Anne L. Sowell, Rulla M. Tamimi, Paolo Toniolo, Lynne R. Wilkens, Anna Winkvist, Anne Zeleniuch-Jacquotte, Wei Zheng, and Susan E. Hankinson. Dec 19, 2012. Circulating Carotenoids and Risk of Breast Cancer: Pooled Analysis of Eight Prospective Studies. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3525817/, Accessed on Feb 20, 2023
- Jung-Kook Song and Jong-Myon Bae. March 16, 2012. Citrus Fruit Intake and Breast Cancer Risk: A Quantitative Systematic Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3625773/, Accessed on Feb 20, 2023
- Luis Mendoza. July 22, 2019. Potential effect of probiotics in the treatment of breast cancer, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6775487/, Accessed on Feb 20, 2023
- Dydjow-Bendek D, Zagoźdźon P. Total Dietary Fats, Fatty Acids, and Omega-3/Omega-6 Ratio as Risk Factors of Breast Cancer in the Polish Population – a Case-Control Study. In Vivo. 2020 Jan-Feb;34(1):423-431. doi: 10.21873/invivo.11791. PMID: 31882509; PMCID: PMC6984116. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31882509/, Accessed on Feb 20, 2023
- Aleksandra S. Kristo, Dorothy Klimis-Zacas, and Angelos K. Sikalidis. Dec 5, 2016. Protective Role of Dietary Berries in Cancer. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5187535/, Accessed on Feb 20, 2023
Rujukan artikel asal