Pilih peringkat umur untuk melihat vaksin dalam jadual yang diterbitkan oleh Hello Doktor.
Ketika lahir
Tuberkulosis (BCG)
Apa itu vaksin BCG?
Imunisasi Bacille Calmette-Guerin (BCG) adalah vaksin berdasarkan bakteria Mycobacterium bovis yang sudah dilemahkan. Ia telah digunakan di seluruh dunia sebagai langkah pertama untuk mencegah penyakit tibi dan keradangan selaput otak (meningitis).Siapakah yang harus mendapat vaksin ini?
Di Malaysia, vaksin ini akan diberikan kepada setiap bayi semasa kelahiran.
Hepatitis B (HepB)
Apakah itu vaksin Hepatitis B?
Vaksin hepatitis B adalah sejenis vaksin yang mencegah penyakit hepatitis B. Ia merupakan salah satu imunisasi wajib yang diberikan secara berjadual sebanyak tiga dos buat bayi yang dilahirkan di Malaysia.Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Setiap individu wajib mendapatkan vaksin ini, terutama sekali bagi golongan yang mempunyai sistem imun tubuh lemah.
Di Malaysia, dos yang pertama disarankan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran, manakala dos seterusnya pula diberikan sekali gus sebagai vaksin enam serangkai pada umur dua, tiga dan lima bulan.
Dos tambahan pula akan diberikan pada umur 18 bulan.
2 bulan
Difteria, tetanus, pertussis, polio, influenza haemophilus, dan Hepatitis B (DTaP Hib IPV Hep B)
Apakah itu vaksin DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B?
Vaksin DTaP ialah kombinasi vaksin bagi difteria (D), tetanus (T) dan pertusis atau batuk kokol (aP). Vaksin Hib diperbuat daripada komponen bakteria Haemophilus influenza jenis B untuk mencegah penyakit tersebut. IPV ialah vaksin polio suntik yang diberikan secara berjadual untuk melindungi bayi daripada penyakit polio atau kelumpuhan. Penyakit ini dijangka telah dibasmi sepenuhnya kerana kes terakhir yang dilaporkan sebelum tahun 2019 ialah pada tahun 1992. Malangnya, sehingga Mac 2020, terdapat 4 kes polio yang telah disahkan di Malaysia.
Ketiga-tiga komponen vaksin ini penting, wajib dan seringkali diberikan secara serentak mengikut Program Imunisasi Negara kita.
Pada 17 November 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menambahkan vaksin Hepatitis B untuk diberikan sekali gus bersama dengan vaksin DTaP, Hib dan IPV menjadikan ia vaksin enam serangkai.
Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Sebanyak empat (4) dos vaksin enam serangkai akan diberikan kepada setiap kanak-kanak pada umur dua (2) bulan, tiga (3) bulan, lima (5) bulan dan dos tambahan pada 18 bulan.
Di samping itu, vaksin Hepatitis B yang diberi selepas lahir akan terus diberikan. Manakala, vaksin Hepatitis B yang sebelum ini diberikan pada umur 1 bulan dan 6 bulan tidak perlu lagi diberikan kerana komponen vaksin Hepatitis B telah terkandung dalam vaksin kombinasi enam serangkai difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae jenis B (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib).
Penggabungan vaksin ini penting untuk melindungi bayi anda daripada enam penyakit yang disenaraikan di atas, hanya dengan satu suntikan pada setiap pemeriksaan.
3 bulan

5 bulan

6 bulan
Campak (Measles)
Apakah itu vaksin campak (measles)?
Vaksin campak penting untuk mencegah penyakit yang boleh menyebabkan jangkitan kepada organ-organ penting tubuh seperti otak dan paru-paru.Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Lazimnya, vaksin ini diberikan sebagai vaksin kombinasi bersama beguk dan rubella. Namun begitu, penduduk Sabah akan menerima dos pertama vaksin campak sahaja pada usia 6 bulan.
9 bulan
Japanese Encephalitis (JE) (JE_LiveAtd†)
Apakah itu vaksin Japanese Encephalitis (JE)?
Penyakit JE ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk daripada keluarga Flavivirus yang menjadi penyebab utama keradangan otak di Asia. Nyamuk yang membawa virus tersebut boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan lain mahupun burung yang hidup di kawasan air.
Vaksin ini membantu untuk mencegah komplikasi disebabkan oleh penularan virus ini seperti kelumpuhan atau sawan berulang. Pengambilan vaksin ini penting untuk membendung penularan virus yang boleh menyebabkan wabak jika dibiarkan.
Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Di Malaysia, vaksin ini hanya diberikan kepada penduduk Sarawak kerana negeri tersebut merupakan kawasan endemik bagi penyakit ini.
Dos pertama akan diberikan kepada bayi berusia 9 bulan, manakala dos kedua diberikan pada usia 21 bulan.
Bagi golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit JE seperti penternak khinzir atau penduduk yang tinggal berhampiran dengan ladang khinzir, dos tambahan juga diperlukan bagi perlindungan jangka panjang.
Demam campak, beguk dan rubella (MMR)
Apakah itu vaksin MMR?
Vaksin MMR penting untuk mencegah tiga penyakit terkenal iaitu demam campak (measles), beguk (mumps) dan rubella.
Ketiga-tiga vaksin tersebut digabungkan menjadi satu suntikan bagi memudahkan program imunisasi bayi anda.

Di Malaysia, dos pertama akan diberikan kepada bayi anda pada usia 9 bulan, manakala dos kedua akan diberikan pada usia setahun.
Setiap bayi yang dilahirkan di Malaysia wajib menerima pakej vaksin ini. Pada tahun 2019, terdapat wabak demam campak yang berlaku di Kelantan, mengakibatkan 15 kematian. Angka ini boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR seperti yang dijadualkan.
12 bulan

18 bulan
Difteria, tetanus, pertussis, polio, influenza haemophilus, dan Hepatitis B (DTaP Hib IPV Hep B)
Apakah itu vaksin DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B?
Vaksin DTaP ialah kombinasi vaksin bagi difteria (D), tetanus (T) dan pertusis atau batuk kokol (aP). Vaksin Hib diperbuat daripada komponen bakteria Haemophilus influenza jenis B untuk mencegah penyakit tersebut. IPV ialah vaksin polio suntik yang diberikan secara berjadual untuk melindungi bayi daripada penyakit polio atau kelumpuhan. Penyakit ini dijangka telah dibasmi sepenuhnya kerana kes terakhir yang dilaporkan sebelum tahun 2019 ialah pada tahun 1992. Malangnya, sehingga Mac 2020, terdapat 4 kes polio yang telah disahkan di Malaysia.
Ketiga-tiga komponen vaksin ini penting, wajib dan seringkali diberikan secara serentak mengikut Program Imunisasi Negara kita.
Pada 17 November 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menambahkan vaksin Hepatitis B untuk diberikan sekali gus bersama dengan vaksin DTaP, Hib dan IPV menjadikan ia vaksin enam serangkai.
Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Sebanyak empat (4) dos vaksin enam serangkai akan diberikan kepada setiap kanak-kanak pada umur dua (2) bulan, tiga (3) bulan, lima (5) bulan dan dos tambahan pada 18 bulan.
Di samping itu, vaksin Hepatitis B yang diberi selepas lahir akan terus diberikan. Manakala, vaksin Hepatitis B yang sebelum ini diberikan pada umur 1 bulan dan 6 bulan tidak perlu lagi diberikan kerana komponen vaksin Hepatitis B telah terkandung dalam vaksin kombinasi enam serangkai difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae jenis B (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib).
Penggabungan vaksin ini penting untuk melindungi bayi anda daripada enam penyakit yang disenaraikan di atas, hanya dengan satu suntikan pada setiap pemeriksaan.
21 bulan
Japanese Encephalitis (JE) (JE_LiveAtd†)
Apakah itu vaksin Japanese Encephalitis (JE)?
Penyakit JE ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk daripada keluarga Flavivirus yang menjadi penyebab utama keradangan otak di Asia. Nyamuk yang membawa virus tersebut boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan lain mahupun burung yang hidup di kawasan air.
Vaksin ini membantu untuk mencegah komplikasi disebabkan oleh penularan virus ini seperti kelumpuhan atau sawan berulang. Pengambilan vaksin ini penting untuk membendung penularan virus yang boleh menyebabkan wabak jika dibiarkan.
Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Di Malaysia, vaksin ini hanya diberikan kepada penduduk Sarawak kerana negeri tersebut merupakan kawasan endemik bagi penyakit ini.
Dos pertama akan diberikan kepada bayi berusia 9 bulan, manakala dos kedua diberikan pada usia 21 bulan.
Bagi golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit JE seperti penternak khinzir atau penduduk yang tinggal berhampiran dengan ladang khinzir, dos tambahan juga diperlukan bagi perlindungan jangka panjang.
7 tahun
Tetanus dan Difteria (DT)
Apakah itu vaksin tetanus dan difteria (DT)?
Imunisasi tetanus dan difteria penting untuk mencegah kedua-dua penyakit yang boleh membawa maut tersebut. Vaksin ini diberikan secara kombinasi bersama vaksin pertusis, digelar sebagai DTaP.Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Setiap bayi baru lahir harus mendapatkan vaksin ini, di mana ia diberikan secara berjadual sebagai DTaP pada usia dua, tiga dan lima bulan.
Namun begitu, dos tambahan atau booster haruslah diambil pada usia 18 bulan bagi DTaP dan juga 7 tahun bagi DT sahaja.
Campak dan rubella (MR)
Apakah itu vaksin MR?
Vaksin ini bertanggungjawab untuk melindungi bayi anda daripada terkena jangkitan campak (measles) dan rubella.Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Di Malaysia, dos MR kedua diberikan pada usia 7 tahun sehingga tahun 2022.
13 tahun
Human Papilloma Virus (HPV) (PV*)
Apakah itu vaksin human papillomavirus (HPV)?
Vaksin yang telah digunakan daripada tahun 2006 ini penting bagi mencegah penyakit atau kanser yang berpunca daripada human papillomavirus.
Sebilangan besar individu yang aktif secara seksual akan menghidap HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Terdapat kira-kira 40 jenis HPV yang boleh menjangkiti kemaluan lelaki dan wanita.
Terdapat tiga jenis vaksin HPV yang sudah dikenal pasti dan digunakan secara meluas iaitu :
• 9-valent vaksin HPV (melindungi diri daripada 9 jenis HPV)
• Quadrivalent vaksin HPV (melindungi diri daripada 4 jenis HPV)
• Bivalent vaksin HPV (melindungi diri daripada 2 jenis HPV yang utama iaitu jenis 16 dan 18)
Ketiga-tiga vaksin tersebut berupaya untuk melindungi tubuh daripada HPV jenis 16 dan 18 yang menyebabkan kebanyakan kanser HPV.
Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Meskipun boleh diberikan kepada lelaki, vaksin ini hanya diberikan kepada wanita pada usia 13 tahun di Malaysia.
Terdapat dua dos yang akan diberikan pada usia 13 tahun, di mana dos kedua akan diberikan enam bulan selepas dos yang pertama.
15 tahun
Tetanus (TT)
Apakah itu vaksin tetanus?
Vaksin tetanus diberikan bersendirian sebagai dos tambahan ataupun booster. Ia penting unutk mengelak keracunan bakteria yang boleh mengakibatkan kekejangan otot dan masalah kancing gigi.Siapakah yang harus mendapatkan vaksin ini?
Vaksin tetanus lazim diberikan bersama vaksin lain dalam gabungan DTaP. Akan tetapi, vaksin ini akan diberikan secara bersendirian pada usia 15 tahun sebagai dos tambahan.