KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Cuci Tangan Dengan Sabun Setiap Hari

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Tahukah anda bahawa basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun pada setiap hari sebenarnya penting? Ini kerana tangan yang anda gunakan untuk makan, memegang muka anda, dan bersalam-salaman dengan orang lain itu sebenarnya mengandungi beribu-ribu jenis kuman.

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Cuci Tangan Dengan Sabun Setiap Hari

Menurut kajian oleh University of Colorado, secara puratanya, tangan manusia mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesies berbeza.

Oleh itu, teruskan membaca artikel sehingga tamat untuk mengetahui cara mencuci tangan yang betul.

Untuk maklumat lanjut tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

1. Anda menggunakan tangan untuk melakukan hampir semua aktiviti

Makan, minum, mandi, membasuh, menulis, memasak, dan hampir semua aktiviti yang anda lakukan sama ada di dalam atau luar rumah, semuanya akan menggunakan tangan.

Tanpa penjagaan kebersihan tangan yang baik, bakteria dan kuman sangat mudah tersebar kepada orang lain.

Bayangkan semasa anda menggunakan harta awam seperti tandas. Mangkuk tandas, paip, dan pemegang tangan yang digunakan oleh ramai orang tentu mengandungi banyak kotoran dan kuman.

Jika anda tidak basuh tangan sebelum dan selepas menggunakan tandas tersebut, pelbagai jenis kuman berpotensi untuk tersebar.

basuh tangan

2. Kunci utama dalam mencegah penyakit berjangkit

Meskipun teknologi perubatan semakin berkembang dengan kaedah diagnosis serta rawatan yang berkesan, pencegahan masih menjadi keutamaan dalam menangani sebarang jenis penyakit.

Bagi penyakit berjangkit yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat seperti Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD), cirit-birit, dan influenza, mencuci tangan dengan sabun masih menjadi kunci utama pencegahan.

Terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang kurang mengambil berat soal kebersihan di samping sistem imun yang lemah, tabiat ini sangat penting untuk dipupuk sejak kecil.

3. Anda tidak mahu anak dan ahli keluarga anda sakit

kepentingan cuci tangan

Bukan sahaja diri anda, amalan basuh tangan dengan sabun juga melindungi anak dan ahli keluarga daripada penyakit.

Anak kecil, warga emas, dan mereka yang menghidap penyakit kronik secara khususnya lebih berisiko untuk dijangkiti kerana mereka mempunyai sistem ketahanan badan yang lemah.

Sebahagian daripada penyakit yang boleh dicegah itu berpotensi menyebabkan keadaan yang serius. Contohnya, cirit-birit boleh menyebabkan dehidrasi dan mungkin membawa kepada maut jika tidak dirawat dengan betul.

Penyakit Tangan dan Mulut (HFMD) juga ada mencatatkan kematian dalam wabak yang berlaku di Malaysia baru-baru ini.

Tunggu apa lagi? Jom amalkan cuci tangan setiap hari!

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

Why Wash Your Hands? – https://www.cdc.gov/handwashing/why-handwashing.html.  Diakses pada Oktober 30, 2023.

Hand Washing: Why It’s So Important. https://kidshealth.org/en/parents/hand-washing.html. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Hand-washing: Do’s And Don’ts. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/hand-washing/art-20046253. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Basuh Tangan. http://www.myhealth.gov.my/basuh-tangan-2/. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Kerap Membasuh Tangan Cegah Jangkitan. https://news.ump.edu.my/experts/kerap-membasuh-tangan-cegah-jangkitan. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor