Waxing vs Mencukur; Mana Lebih Baik untuk Kulit Anda?
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Waxing ialah kaedah menghilangkan bulu dari kulit menggunakan teknik lilin panas yang mengeluarkan bulu termasuk akar atau folikel. Waxing mengelupas kulit walaupun tujuan utama hanya untuk menghilangkan bulu kerana lilin diterapkan terus pada permukaan kulit.Waxing mengelupas kulit lebih banyak berbanding mencukur dan akan menghilangkan bulu bersama sel kulit mati.Mencukur pula merupakan teknik menghilangkan bulu menggunakan pisau atau bilah yang tidak melibatkan akar bulu dan memotong bulu sehingga sangat hampir dengan permukaan kulit.Mencukur mengelupas kulit secara ringan berbanding kaedah waxing kerana pisau meluncur di atas kulit.Antara waxing dan mencukur, terdapat kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua kaedah bergantung kepada beberapa faktor pertimbangan.
1. Kekerapan atau kebiasaan
Waxing dianggap sebagai teknik separa kekal untuk penyingkiran bulu kerana ia mengeluarkan bulu bersama akar. Ini boleh melambatkan pertumbuhan bulu baru selama satu hingga dua minggu; jauh lebih lama berbanding kaedah mencukur. Namun, untuk melakukan sesi waxing seterusnya, anda perlu menunggu bulu tumbuh kira-kira ¼ inci panjang kerana lilin tidak dapat mencengkam bulu dengan berkesan jika bulu terlalu pendek.Mencukur dianggap sebagai kaedah tidak kekal untuk menyingkirkan bulu kerana ia tidak mengeluarkan akar bulu semasa memotong bulu dari kulit. Anda mungkin perlu mencukur secara kerap setiap 2 hingga 4 hari bergantung pada kadar pertumbuhan bulu anda.
2. Kos
Jika anda melakukan waxing di rumah, yang diperlukan hanyalah batang aplikator lilin yang berharga $30‑40 dan isi semula lilin $10‑20. Dalam setahun, jumlah kos waxing adalah sekitar $50‑80 bergantung pada stok isi semula lilin kerana anda tidak perlu membeli batang aplikator lilin untuk penggunaan tahun berikutnya. Bagi pencukuran, anda perlu menghabiskan sekitar $20‑30 untuk 6 pisau cukur sekali pakai dan akan menelan kos $40‑60 setahun jika anda menukar pisau setiap 4 minggu. Pencukuran jelas lebih murah kerana harga pisau cukur dan krim cukur yang murah, manakala waxing agak mahal terutamanya jika anda menggunakan perkhidmatan salon atau juruteknik berpengalaman.
3. Yang mana lebih sakit?
Mencukur adalah kaedah yang tidak menyakitkan berbanding waxing. Mencukur tidak menyakitkan melainkan anda ceroboh dan mungkin memotong di kawasan sekitar kawasan dicukur. Luka kecil daripada pisau pencukur biasanya sembuh dalam beberapa hari.1Waxing lebih menyakitkan daripada mencukur dan pasti paling menyakitkan bagi yang pertama kali mencuba. Ia bergantung pada toleransi kesakitan anda dan jika anda tidak bersedia secara mental, rasa sakitnya akan mengejutkan anda.Berhati‑hati dengan suhu lilin kerana lilin panas boleh membakar kulit atau menyebabkan kemerahan. Selain itu, waxing juga menarik rambut berlawanan arah pertumbuhan yang mengakibatkan 15‑35 % rambut pecah.Jika anda biasa mencukur dan kemudian beralih ke waxing, ia juga akan menyakitkan. Mencukur secara berulang kali akan membuat folikel dan batang rambut menjadi lebih tebal dengan cengkaman kuat pada kulit. Menarik folikel yang sudah tumbuh boleh lebih menyakitkan daripada folikel muda.
4. Masa untuk melakukan waxing atau mencukur
Mencukur semasa mandi hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit tetapi kerana rambut tumbuh lebih cepat berbanding waxing, anda mungkin perlu mencukur setiap 3 atau 4 hari. Waxing, sebaliknya, memerlukan lebih banyak masa dengan persiapan. Anda memerlukan 5 minit untuk memanaskan lilin dan waxing seluruh badan mengambil kira‑kira 30‑40 minit setiap sesi. Waxing tidak boleh dilakukan semasa mandi kerana ia memerlukan masa lebih lama tetapi hasilnya akan menahan pertumbuhan rambut lebih lama berbanding mencukur.1 Mencukur boleh dilakukan pada saat akhir, tetapi waxing adalah amalan yang memakan masa.
5. Kemahiran yang diperlukan
Mencukur lebih mudah diurus; hanya memerlukan pegangan pisau yang licin untuk mengelakkan potongan kecil pada kulit dengan bantuan krim pencukur. Waxing memerlukan lebih banyak latihan untuk mengurangkan kesakitan, dan jika dilakukan secara tidak betul, ia boleh menyebabkan rambut tumbuh ke dalam. Jika anda belum pernah mencuba waxing, cuba lakukan pertama kali di kalangan profesional atau salon dan perhatikan teknik yang mereka gunakan untuk mengurangkan rasa sakit. Sebaliknya, waxing tidak akan menyebabkan anda memotong atau mencederakan diri sendiri.
Semua faktor ini adalah yang terbaik untuk dipertimbangkan jika anda memikirkan kaedah yang sesuai dan sepadan dengan keperluan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber rujukan
- https://beinghealthfull.com/waxing-or-shaving/
- https://www.aafp.org/afp/2002/1115/p1913.html
- https://mylabikini.com/2014/07/11/stop-waxing-damaging-skin/
- https://www.bellezzaspa.com/our-blog/9-reasons-wax-instead-shave/
- https://health.clevelandclinic.org/shaving-vs-waxing-whats-better-for-your-skin/
6. https://www.rewardme.in/beauty/skin-body/article/waxing-vs-shaving-which-is-the-better-method-for-hair-removal
Rujukan artikel asal
- https://beinghealthfull.com/waxing-or-shaving/
- https://www.aafp.org/afp/2002/1115/p1913.html
- https://mylabikini.com/2014/07/11/stop-waxing-damaging-skin/
- https://www.bellezzaspa.com/our-blog/9-reasons-wax-instead-shave/
- https://health.clevelandclinic.org/shaving-vs-waxing-whats-better-for-your-skin/
6. https://www.rewardme.in/beauty/skin-body/article/waxing-vs-shaving-which-is-the-better-method-for-hair-removal