Bagaimana Saya Harus Melembapkan Kaki?
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Kulit kaki yang kering dan retak adalah masalah biasa dan termasuk kaki atlet (tinea pedis), komplikasi urat kaki (stasis vena), psoriasis dan ruam kulit. Terdapat 6 isu umum mengapa kulit menjadi kering dan retak:
-
Faktor fizikal:
Persekitaran dalam kasut boleh menjadi sangat panas dengan suhu melebihi 48 darjah Celsius. Keadaan sebegitu boleh menyebabkan kehilangan air pada kulit dan menjadikan tumit anda mudah terbuka atau retak.
-
Pencuci kulit:
Kulit anda mempunyai minyak pelindung semulajadi yang dipanggil sebum, dan sebarang bahan pembersih yang tidak seimbang atau tidak sesuai boleh menghilangkan sebum dan menyebabkan kulit kehilangan kelembapan.
-
Keadaan perubatan:
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kulit kering seperti kekurangan zat, hipotiroidisme, dermatitis atopik dan diabetes. Penyakit Crohn atau penyakit seliak, sebaliknya, boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan asid lemak.
-
Penuaan:
Seiring bertambahnya usia, tubuh juga berubah. Hormon dan perubahan metabolik yang berlaku semasa penuaan termasuk penebalan epidermis atau stratum korneum. Keadaan ini akan menyebabkan kulit retak apabila tekanan pada kulit meningkat.
-
Cuaca sejuk:
Musim sejuk atau suhu sejuk boleh memburukkan keadaan kulit disebabkan kelembapan rendah yang menyebabkan kelembapan kulit menguap dengan lebih cepat.
Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan masalah tersebut dan mengekalkan kelembapan kulit? Berikut ialah tip bagaimana anda harus melembapkan kulit, khususnya pada kaki:
Cuci harian
Kunci untuk mencegah kulit kering ialah mengekalkan kelembapan, dan cara paling mudah ialah dengan mencuci kaki secara berkala setiap hari. Gunakan sabun lembut dan air suam, elakkan penggunaan air panas kerana air panas boleh menanggalkan minyak pelindung kulit. Jauhi penggunaan sabun atau pembersih yang beraroma, alkohol, retinoid atau asid alfa hidroksi; ia tidak baik bagi mereka yang mengalami kulit kering dan sensitif.
Sapukan pelembap
Sapukan pelembap serta-merta sebaik sahaja anda mengeringkan kaki selepas mandi atau mencuci. Pelembap biasa berkesan untuk kulit yang agak kering, dan anda memerlukan pelembap yang lebih kaya jika mempunyai masalah kulit yang sangat kering. Untuk kulit tumit retak, disarankan anda menggunakan balm tumit. Balm tumit biasanya mengandungi urea, asid salisilik, asid alfa-hidroksi dan sakarida isomerat yang membantu melunakkan kulit tebal, melembapkan dan menanggalkan kulit mati.
Jangan menyikat kaki
Jangan gosok kaki anda dengan kuat untuk membersihkannya kerana kaki akan menjadi lebih kering. Cukup tepuk kaki dengan lembut dan lap dengan baik untuk mengeringkan kelembapan berlebihan. Menggosok kaki secara kuat hanya akan menghilangkan sebum dan ketiadaan sebum akan menjadikan kulit lebih mudah menjadi kering.
Berikan jel minyak petroleum
Juga dikenali sebagai petrolatum, ia merupakan campuran lilin dan minyak mineral yang ditemui oleh Robert Augustus Chesebrough pada tahun 1859. Ia merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kulit dan kaki anda lembap serta memuaskan bagi kaki yang retak. Sapukan gel ini sebelum tidur dan biarkan ia meresap ke kaki anda sepanjang malam.
Pakailah stoking kapas
Kaus kaki kapas membolehkan kaki bernafas serta mengelakkan kelembapan terkumpul. Tukar kaus kaki secara kerap dan jangan memakai kaus kaki yang sama berulang kali; memakai kaus kaki yang tidak ditukar boleh menyebabkan kaki dijangkiti bakteria dan memburukkan keadaan jika anda mempunyai tumit retak. Anda pasti tidak mahu kaki berbau busuk pada masa akan datang.
Sentiasa luangkan masa untuk rutin melembapkan kaki anda. Ia bukan sekadar soal kecantikan tetapi juga kesihatan kulit. Jika anda mendapati tumit retak, buat temujanji dengan doktor atau pakar dermatologi bertauliah untuk memeriksa retakan tersebut, bagi memastikan sama ada kaki anda dijangkiti atau tidak. Langkah pencegahan lebih baik daripada rawatan yang lewat.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber rujukan
https://www.verywellhealth.com/coping-with-dry-cracked-feet-1337642
https://www.healthline.com/health/cracked-heel-heal
What *actually* causes cracked heels—feet’s biggest summer foe
“What *actually* causes cracked heels—feet’s biggest summer foe” — Well+Good
https://www.sharecare.com/health/skin-moisturizing-care/how-moisturize-feet
https://www.everydayhealth.com/foot-health/cracked-heels-treatment.aspx
https://www.medicalnewstoday.com/articles/316572.php
https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/petroleum-jelly#uses
Rujukan artikel asal
https://www.verywellhealth.com/coping-with-dry-cracked-feet-1337642
https://www.healthline.com/health/cracked-heel-heal
What *actually* causes cracked heels—feet’s biggest summer foe
“What *actually* causes cracked heels—feet’s biggest summer foe” — Well+Good
https://www.sharecare.com/health/skin-moisturizing-care/how-moisturize-feet
https://www.everydayhealth.com/foot-health/cracked-heels-treatment.aspx
https://www.medicalnewstoday.com/articles/316572.php
https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/petroleum-jelly#uses