KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Apakah Penyebab Kehilangan Kelembapan Kulit

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Kehilangan kelembapan kulit bergantung pada dua keadaan khusus, sama ada ia dehidrasi atau kering. Keadaan kulit dehidrasi merujuk kepada keadaan di mana kulit kekurangan kandungan air, manakala kulit kering merujuk kepada keadaan kekurangan minyak semulajadi atau sebum. Jenis kulit boleh dikategorikan sebagai normal, kering, gabungan normal‑kering, dan berminyak; kebanyakan orang dilahirkan dengan satu jenis kulit dan keadaan ini boleh berubah mengikut masa dan musim. Tanda kehilangan kelembapan kulit termasuk kulit bersisik, penampakan serpihan putih, kemerahan dan iritasi. Tetapi apa yang sebenarnya menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit kita?

Apakah Penyebab Kehilangan Kelembapan Kulit

 

kelembapan kulit

1. Faktor penuaan

Penuaan adalah proses semula jadi bagi setiap orang dan dari masa ke masa, badan kita akan menua walaupun kita tidak bersedia. Pada masa ini aktiviti kelenjar sebasea menurun, fungsi penghidratan kulit juga berkurang. Keupayaan kulit untuk menghasilkan lipid yang membentuk lapisan pelindung lipid pada Stratum Corneum juga berkurang dengan usia. Aliran darah ke kulit turut menurun yang boleh mengurangkan pengeluaran minyak semulajadi atau sebum.

 

kelembapan kulit

2. Pengaruh cuaca atau persekitaran

Pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan air menguap dengan cepat dari kulit, yang mengakibatkan kulit menjadi kering. Selain itu, persekitaran berangin, angin sejuk yang datang dari penghawa dingin, haba dari pemanas udara dan keadaan suhu rendah juga boleh menyebabkan kulit kering kerana kelembapan mengering dengan lebih cepat. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyumbang kepada kehilangan kelembapan kulit dan penuaan pramatang.

 

3. Mandi air panas dan rendam

Mandi air panas atau berendam mungkin pilihan yang baik terutamanya pada musim sejuk, tetapi tidak perlu dalam sesi yang lama. Gabungan air panas dengan masa berendam yang lama boleh menghilangkan minyak pelindung semulajadi kulit, menyebabkan kulit menjadi kering. Sebagai pilihan lain, anda boleh beralih ke mandi air suam dan hadkan masa mandi kepada kira-kira 10 minit.

 

4. Berada dalam keadaan dehidrasi

Anda mungkin tidak terasa dahaga pada musim sejuk sebanyak pada musim panas, tetapi kulit dan badan anda kehilangan air setiap hari melalui kencing, berpeluh atau faktor luaran lain seperti suhu dan cuaca. Badan kita terdiri daripada 70 peratus cecair atau air, dan dengan cukup air, ia menyokong pertumbuhan dan kesihatan sel badan. Kekalkan hidrasi dengan meminum air untuk mengelakkan dehidrasi yang boleh menjejaskan kesihatan sel.

 

5. Tahap pH tidak seimbang

Kulit kita sedikit asid, kerana fungsi perlindungannya daripada bakteria dan agresor persekitaran lain. Sabun tradisional yang mempunyai tahap alkali tinggi boleh mengganggu tahap pH kulit dan menyebabkan kehilangan kelembapan kulit.Adalah lebih baik untuk kita menggunakan pembersih atau pencuci muka yang seimbang pH untuk menyesuaikan keadaan pH kulit yang sedikit asid. Anda juga boleh mencari pembersih dengan surfaktan yang menghilangkan kotoran tanpa merosakkan epidermis kulit.

 

Apabila kulit kehilangan terlalu banyak kelembapan akibat pelbagai faktor, kulit anda mungkin menjadi merengsakan, gatal, kelihatan kusam, lingkaran gelap di bawah mata dan munculnya garis atau kedutan pada permukaan kulit.  Cara lain yang disarankan untuk mencegah kehilangan kelembapan kulit termasuk mengurangkan pengambilan kopi dan sumber kafein lain, berhenti merokok, minum banyak air, bersenam secara tetap, mendapatkan tidur yang cukup serta makan lebih banyak buah, kekacang dan sayur-sayuran.

 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

  1. http://www.dermalinstitute.com/us/library/18_article_The_Top_Three_Causes_of_Dry_Dehydrated_Skin.html

 

  1. https://www.everydayhealth.com/hs/dry-skin-relief/dr-wu-causes-of-dry-skin/

 

  1. https://health.howstuffworks.com/skin-care/moisturizing/basics/skin-moisture-loss.htm

 

  1. https://www.healthline.com/health/dehydrated-skin#symptoms

 

  1. https://www.self.com/story/dry-skin-mistakes

 

  1. https://www.bustle.com/articles/145749-7-signs-you-arent-moisturizing-enough-your-skin-is-suffering
Rujukan artikel asal
  1. http://www.dermalinstitute.com/us/library/18_article_The_Top_Three_Causes_of_Dry_Dehydrated_Skin.html

 

  1. https://www.everydayhealth.com/hs/dry-skin-relief/dr-wu-causes-of-dry-skin/

 

  1. https://health.howstuffworks.com/skin-care/moisturizing/basics/skin-moisture-loss.htm

 

  1. https://www.healthline.com/health/dehydrated-skin#symptoms

 

  1. https://www.self.com/story/dry-skin-mistakes

 

  1. https://www.bustle.com/articles/145749-7-signs-you-arent-moisturizing-enough-your-skin-is-suffering

Lihat halaman asal di Hello Doktor