KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Terbeban dengan Penyesalan: Bagaimana Membebaskan Diri

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Sentiasa ada masa apabila fikiran anda dipenuhi kekecewaan terhadap diri sendiri atau penyesalan terhadap sesuatu di masa lalu. Kajian menunjukkan bahawa rasa penyesalan boleh mengganggu kesihatan fizikal dan mental anda. Mari ketahui sifat penyesalan dan cara kita dapat melepaskannya.

Terbeban dengan Penyesalan: Bagaimana Membebaskan Diri

Percayalah pada diri anda

Penyesalan adalah perkara biasa. Menjadi manusia bermakna anda akan melakukan perkara yang anda sesali dan ia tidak dapat dielakkan. Walaupun anda belum menemui cara untuk melangkah ke hadapan, orang lain melakukannya. Orang lain berjaya mengatasi penyesalan mereka dan membebaskan diri daripada beban penyesalan untuk enjoy life. Jangan fikir anda tidak boleh melakukannya. Anda mempunyai banyak potensi untuk mengurangkan penyesalan anda jika anda mengakui tindakan dan kesilapan anda di belakangnya.

Terimalah fakta bahawa tiada siapa yang sempurna.

Jika anda menyimpan rasa penyesalan, ia bermakna anda bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan atau tidak lakukan. Jelas bahawa memikul tanggungjawab adalah penting, dan penting agar kita tidak mengelak daripada kesilapan kita sendiri. Oleh itu, adalah wajar dan penting untuk memahami sebab-sebab tindakan anda.

Walau bagaimanapun, menerima hakikat bahawa anda hanyalah manusia harus seimbang dengan mengakui kesilapan anda. Keterbatasan manusia tidak dapat dipertikaikan. Terdapat perkara yang anda boleh lakukan dan perkara yang berada di luar jangkauan atau kawalan anda. Ia adalah sifat manusia. Walaupun anda mengetahui sesuatu dengan baik, anda masih boleh membuat penilaian yang salah. Dari semasa ke semasa, anda mungkin bertindak secara emosional dan tidak rasional. Semua orang tidak sempurna, mempunyai kelemahan, dan membuat kesilapan.

Fikirkan cara anda melayan dan menerima keluarga serta rakan-rakan tanpa menghiraukan ketidaksempurnaan mereka. Anda harus mengamalkan menerima diri sendiri sebagaimana anda menerima mereka. Anda harus tahu bahawa kesilapan bukan tanda kegagalan; ia menunjukkan kemanusiaan anda.

Cara Membebaskan Diri daripada Kesilapan yang Membebani?

Menghadapi penyesalan anda tidak bermakna anda akan sepenuhnya lega. Anda masih boleh berasa kecewa, sedih, atau bersalah tentang perkara yang telah anda lakukan. Jika anda mengalami perasaan ini, ambil lima langkah berikut:

  1. Terimalah emosi-emosi ini. Biarkan ia masuk dan tenangkan diri anda seperti menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang emosional.
  2. Beritahu diri anda bahawa segala-galanya akan baik-baik saja. Berempati dengan diri sendiri. Jalan-jalan atau rendam diri dalam mandi air panas yang lama.
  3. Buat temujanji dengan sahabat baik anda dan kongsikan perasaan anda dengan mereka.
  4. Jika boleh, sampaikan permohonan maaf kepada orang yang anda sakiti.
  5. Jika anda tidak dapat membuat pampasan sedemikian, anda boleh berkomitmen membantu orang lain dalam situasi yang sama.

Mungkin anda dapat memohon keampunan daripada mereka yang anda sakiti. Mungkin tidak. Mungkin anda harus menyedari kekecewaan terhadap diri sendiri dan kurang memberi perhatian kepada apa yang difikirkan orang lain. Anda harus mengambil tanggungjawab untuk meringankan beban anda sendiri tidak kira penyesalan apa yang anda rasakan. Anda harus melihat diri anda lebih daripada kesilapan yang telah anda buat.

 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

Burdened by Regret? How to Break Free. http://blogs.webmd.com/art-of-relationships/2015/10/burdened-by-regret-how-to-break-free.html June 8, 2017

Rujukan artikel asal

Burdened by Regret? How to Break Free. http://blogs.webmd.com/art-of-relationships/2015/10/burdened-by-regret-how-to-break-free.html June 8, 2017

Lihat halaman asal di Hello Doktor