Atractylodes
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Kegunaan
Apakah kegunaan atractylodes?
Atractylodes adalah tumbuhan. Akarnya digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk gangguan pencernaan, sakit perut, kembung, pengekalan cecair, cirit-birit, kehilangan selera makan, penurunan berat badan akibat kanser, alahan kepada tungau debu, dan sawan (rematik).
Atractylodes digunakan bersama herba lain dalam perubatan tradisional Cina untuk merawat kanser paru-paru dan komplikasi dialisis, satu kaedah mekanikal untuk “membersihkan darah” apabila buah pinggang gagal.
Bagaimana ia berfungsi?
Tidak cukup kajian mengenai cara suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahan kimia dalam atractylodes mungkin meningkatkan fungsi saluran pencernaan dan mengurangkan kesakitan serta bengkak (radang).
Langkah berjaga-jaga dan amaran
Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan atractylodes?
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:
- Anda hamil atau menyusukan anak. Ini kerana, semasa anda menanti atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat atas nasihat doktor.
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat-ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
- Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan atractylodes atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
- Anda mempunyai jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.
Peraturan untuk suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat mengambil suplemen herba ini mesti melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pakar herba atau doktor untuk maklumat lanjut.
Berapa selamat atractylodes?
Atractylodes kelihatan selamat apabila diambil dalam jumlah yang sesuai untuk tempoh masa yang singkat.
Kehamilan dan penyusuan:
Tiada kajian yang mencukupi untuk menentukan penggunaan selamat ubat herba atractylodes semasa kehamilan dan menyusui. Sebaiknya elakkan penggunaannya.
Kesan sampingan
Apakah jenis kesan sampingan yang mungkin saya alami daripada atractylodes?
Kesan sampingan biasa apabila menggunakan atractylodes ialah:
- Loya
- Mulut kering
- Rasa pahit dalam mulut
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berunding dengan doktor anda.
Interaksi
Apakah interaksi yang mungkin saya alami dengan atractylodes?
Suplemen herba ini mungkin berinteraksi dengan ubat‑ubatan atau keadaan perubatan semasa anda. Dapatkan nasihat daripada pakar herba atau doktor sebelum menggunakannya.
Dos
Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos biasa untuk atractylodes?
Dos selamat ialah 1.32 gram setiap hari, sehingga tujuh minggu.
Bentuk apa yang dimiliki atractylodes?
Suplemen herba ini mungkin tersedia dalam bentuk dos berikut:
- Kapsul
Sumber rujukan
Atractylodes. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1097-atractylodes.aspx?activeingredientid=1097&activeingredientname=atractylodes. Accessed March 9, 2017
Atractylodes. http://www.doctorvitaminstore.com/0217_AtractylodesRootExtPg2.html. Accessed March 9, 2017
Rujukan artikel asal
Atractylodes. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1097-atractylodes.aspx?activeingredientid=1097&activeingredientname=atractylodes. Accessed March 9, 2017
Atractylodes. http://www.doctorvitaminstore.com/0217_AtractylodesRootExtPg2.html. Accessed March 9, 2017