KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

7‑Keto‑DHEA

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Kegunaan

Untuk apa 7‑Keto‑DHEA digunakan?

7-Keto-DHEA biasanya digunakan untuk:

  • Mempromosikan penurunan berat badan. Kajian terkini menunjukkan bahawa 7-keto-DHEA mungkin membantu wanita obesiti menurunkan berat badan dan lemak dengan ketara.
  • Meningkatkan jisim badan tanpa lemak.
  • Membina otot.
  • Meningkatkan aktiviti kelenjar tiroid.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Meningkatkan ingatan.
  • Mengurangkan tanda penuaan.

7-Keto-DHEA mungkin ditetapkan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak terdapat cukup kajian mengenai cara kerja suplemen ini. Sila berbincang dengan ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan 7-Keto-DHEA berfungsi dengan mempercepatkan metabolisme badan.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan 7‑Keto‑DHEA?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi, jika:

  • Anda hamil atau menyusukan anak. Ini kerana, semasa anda menanti atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat atas nasihat doktor.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat-ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan terhadap 7‑Keto‑DHEA atau ubat-ubatan atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan untuk suplemen tidak setegas peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat mengambil suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum digunakan. Rujuk ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Berapa selamat 7‑Keto‑DHEA?

Kehamilan dan penyusuan:

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan penggunaan suplemen ini semasa kehamilan dan penyusuan. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan risiko sebelum mengambil suplemen ini.

Pembedahan:

Hentikan pengambilan 7‑Keto‑DHEA sekurang‑kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang mungkin saya alami daripada 7‑Keto‑DHEA?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berunding dengan ahli farmasi atau doktor anda.

Interaksi

Apakah interaksi yang mungkin saya alami dengan 7‑Keto‑DHEA?

Suplemen ini mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda:

  • Sejarah keluarga kanser payudara
  • Kanser prostat
  • Penyakit sensitif hormon

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan ahli farmasi atau doktor anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk 7‑Keto‑DHEA?

Dos tambahan tipikal:

Ambil satu (1) kapsul pada waktu pagi dengan perut kosong, atau mengikut cadangan pengamal penjagaan kesihatan.

Dos bagi suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan ahli farmasi atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Bentuk apa yang dimiliki 7-Keto-DHEA?

Suplemen ini mungkin tersedia dalam bentuk dos berikut:

  • kapself 7-Keto-DHEA 25 mg

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

7-Keto-DHEA. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-835-7-keto-dhea.aspx?activeingredientid=835. Accessed March 11, 2017.

7-Keto-DHEA. https://examine.com/supplements/7-keto-dhea/. Accessed March 11, 2017.

Rujukan artikel asal

7-Keto-DHEA. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-835-7-keto-dhea.aspx?activeingredientid=835. Accessed March 11, 2017.

7-Keto-DHEA. https://examine.com/supplements/7-keto-dhea/. Accessed March 11, 2017.

Lihat halaman asal di Hello Doktor