KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Baru Hamil? Jangan Pandang Remeh Kesan COVID-19 Terhadap Ibu hamil!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Kehamilan merupakan antara tempoh yang paling bahagia dalam kehidupan seorang wanita. Walau bagaimanapun, ketika negara kita dilanda pandemik, ibu pasti akan rasa risau mengenai kesihatan si manja dalam kandungan. Jadi, wanita perlulah tahu akan simptom dan kesan COVID kepada ibu hamil.

Baru Hamil? Jangan Pandang Remeh Kesan COVID-19 Terhadap Ibu hamil!

Adakah anda telah membahayakan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan tanpa sedar? Ini mungkin satu persoalan yang sering bermain di minda para ibu, terutamanya mereka yang baharu sahaja hamil selama beberapa minggu.

Namun, dengan nasihat doktor dan penjagaan yang rapi, anda boleh melalui tempoh kehamilan yang sihat. 

Malah, anda juga boleh melindungi diri sendiri dan bayi dalam kandungan daripada kesan negatif COVID-19.

Jadi, apakah cara terbaik untuk ibu hamil menjaga diri dan kandungan daripada COVID-19? Mari ikuti penjelasan kami di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini.

Kehamilan dan COVID-19

pelitup muka

Bagi wanita hamil, mengelakkan COVID-19 merupakan satu keutamaan. Tetapi mengapa? Menurut laman sesawang Hopkins Medicine, wanita hamil akan mengalami perubahan dari segi sistem imun mereka.

Oleh sebab itu, ibu hamil lebih berisiko untuk terkena jangkitan virus. Malah, kesan COVID kepada ibu hamil lebih serius berbanding orang biasa.

Jadi, kaum Hawa perlulah lebih proaktif dalam penjagaan diri ketika COVID-19. Selain itu, pastikan anda:

  1. Ambil vaksinasi COVID-19 selepas berbincang dengan doktor.
  2. Pastikan rumah anda mempunyai ventilasi yang baik. Buka tingkap dan biar udara segar masuk.
  3. Elakkan tempat yang sempit dan dipenuhi orang.
  4. Jika tidak ada air, gunakan hand sanitiser.
  5. Tutup mulut dan hidung ketika bersin.
  6. Jangan sentuh wajah dengan kerap.
  7. Cuci objek yang sering disentuh seperti tombol pintu, suis dan barang elektronik dengan disinfektan.
  8. Kerja dari rumah jika boleh. Jangan keluar ke tempat awam jika anda tidak sihat atau mengalami simptom COVID ibu hamil.

[embed-health-tool-due-date]

Jangan lupa, pakai pelitup muka ketika keluar rumah. Jaga jarak dan pastikan anda basuh tangan dengan sabun secara kerap.

Perlukah wanita hamil melakukan ujian COVID-19? Jawapannya ialah ya, lebih-lebih lagi jika anda mengalami simptom-simptom COVID-19.

Jika anda mengalami sebarang simptom atau telah terdedah dengan individu yang dijangkiti, hubungi doktor secepat mungkin. Doktor akan memberikan nasihat yang sesuai dengan kondisi anda.

Paling penting, ibu perlulah fokus pada diri sendiri dan bayi. Jika anda mempunyai masalah kesihatan lain, seperti rasa gelisah yang luar biasa, dapatkan khidmat kaunseling. Mereka mungkin dapat membantu.

Baca juga:

Kesan COVID kepada ibu hamil

kesan covid kepada ibu hamil

Sebenarnya, risiko ibu hamil untuk menghidap COVID-19 adalah rendah.

Namun, mereka yang dijangkiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami simptom yang lebih teruk. Oleh sebab itu, kesan COVID kepada ibu hamil adalah lebih serius.

Bukan itu sahaja, wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 juga berisiko melahirkan bayi pramatang iaitu sebelum minggu ke-37 kehamilan. Malah, risiko keguguran juga semakin tinggi.

Ibu hamil yang mempunyai penyakit lain seperti diabetes akan mempunyai risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi disebabkan jangkitan COVID-19.

Jika dijangkiti COVID-19, ibu hamil akan dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi. 

Anda juga mungkin perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan demam, kesakitan dan batuk.

Namun, jika anda mengalami simptom yang teruk, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk pemantauan rapi.

Ibu hamil lebih berisiko dihospitalkan

kesan covid kepada ibu hamil

Menurut CDC, salah satu kesan COVID kepada ibu hamil ialah mereka lebih berisiko untuk dihospitalkan.

Melalui laporan CDC pada tahun 2020, wanita hamil mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk dihospitalkan berbanding wanita yang tidak mengandung.

Bukan itu sahaja, mereka juga berisiko untuk dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).

Hampir 50% wanita hamil yang dimasukkan ke hospital tidak mempunyai sebarang simptom COVID-19. Namun 1/5 daripadanya menghidap penyakit tertentu yang membuatkan mereka mengalami simptom yang lebih serius.

Wanita hamil mempunyai risiko sebanyak 2% untuk mengalami keguguran. Mereka juga lebih berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang.

Buat masa ini, kesan COVID kepada ibu hamil masih lagi dalam siasatan. Namun, demam ketika hamil, terutamanya pada semester pertama boleh meningkatkan risiko kecacatan pada bayi.

Sebab itulah pakar amat menggalakkan ibu hamil untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai tempoh kehamilan, anda boleh kongsikan persoalan anda di dalam Komuniti Kehamilan Hello Doktor. Anda juga boleh dapatkan pendapat pakar dan kongsi pengalaman bersama ibu lain!

Kesimpulan

kesan covid kepada ibu hamil

Tidak dinafikan, kesan COVID kepada ibu hamil lebih serius berbanding orang biasa. COVID-19 bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan ibu, ia juga boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.

Sebab itulah, ibu hamil perlu mengambil vaksinasi dan suntikan penggalak seperti yang dijadualkan.

Kajian terkini menunjukkan vaksinasi sewaktu hamil dapat membentuk antibodi yang boleh melindungi bayi dalam kandungan. Malah, antibodi ini juga dapat ditemui di dalam darah tali pusat.

Ini bermaksud, vaksinasi ketika kehamilan mungkin dapat melindungi bayi dalam kandungan.

Oleh sebab itu, ambillah vaksin mengikut nasihat doktor. Selain itu, pastikan anda lakukan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak dan kebersihan diri untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19.

Sumber rujukan

  1. Coronavirus and Pregnancy: What You Should Know. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/coronavirus-and-covid-19-what-pregnant-women-need-to-know. Accessed on March 14, 2021.
  2. Coronavirus disease (COVID-19): Pregnancy and childbirth. https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/coronavirus-disease-covid-19-pregnancy-and-childbirth. Accessed on March 14, 2021.
  3. COVID-19 infection in pregnant women: Review of maternal and fetal outcomes. https://doi.org/10.1002/ijgo.13533. Accessed on March 14, 2021.
  4. COVID-19 Vaccines While Pregnant or Breastfeeding. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-.ncov/vaccines/recommendations/pregnancy.html. Accessed on March 14, 2021.
  5. In pregnant women with COVID-19, sex of fetus may influence maternal and placental immune response and neonatal immune protection. https://www.massgeneral.org/news/press-release/In-pregnant-women-with-covid-19-sex-of-fetus-may-influence-maternal-and-placental-immune-response-and-neonatal-immune-protection. Accessed on March 14, 2021.
  6. Pregnancy and COVID-19: What are the risks? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/pregnancy-and-covid-19/art-20482639. Accessed on March 14, 2021.
Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor