Kluster Scotland? Ashraf Muslim Positif, Puteri Aishah Sah Bebas Jangkitan COVID-19!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Untuk maklumat lanjut tentang coronavirus di Malaysia, lihat di sini.
Baru-baru ini, kedengaran berita berkenaan beberapa orang artis tempatan yang telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Namun ada juga di antara mereka yang pergi membuat ujian saringan dan disahkan negatif jangkitan tersebut.
Sebelum itu, ikuti statistik semasa kes COVID-19 Malaysia di bawah ini.
[covid_19]
Ashraf Muslim sah dijangkiti COVID-19
View this post on InstagramSebuah kiriman yang dikongsi oleh Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Baru-baru, pelakon terkenal Ashraf Muslim telah disahkan dijangkiti virus COVID-19. Ashraf Muslim berkongsi berita mengenai perkembangan semasa dirinya itu melalui hantaran di akaun Instagram miliknya.
Ashraf Muslim disahkan positif jangkitan ini setelah pulang daripada penggambaran drama bersiri Demi yang telah dijalankan di Inverness, Scotland pada 31 Mac yang lalu.
Sebelum ini, aktres Puteri Aishah yang turut bersama kru penggambaran drama Demi ini juga telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Artikel berkaitan:
- Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19
- 16x Pegang Muka Sendiri Dalam Sehari, Ia Mungkin Punca Jangkitan COVID-19!
Ashraf Muslim memohon maaf kepada semua pihak terutamanya peminat dan pihak media kerana bertindak mendiamkan diri sebelum ini berkenaan status semasa dirinya setelah pulang dari Scotland.
Pelakon itu memberitahu, dia mula mengetahui keputusan ujian saringan COVID-19 yang telah dijalaninya pada 12 April yang lalu.
Pada masa yang sama, Ashraf Muslim tidak mendedahkan lokasi di mana dia menjalani kuarantin dan juga mendapatkan rawatan.
Difahamkan bahawa sehingga setakat ini, 8 orang kru penggambaran tersebut termasuklah pengarahnya Rahila Ali juga telah disahkan positif dijangkiti virus COVID-19.
Ashraf Muslim dapatkan rawatan, Puteri Aishah bebas jangkitan COVID-19
Dalam perkembangan terbaharu, pelakon Puteri Aishah yang sebelum ini dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh akibat positif COVID-19, telah disahkan bebas jangkitan virus itu.
Sebelum ini, dia telah disahkan positif jangkitan itu sejurus pulang dari penggambaran yang sama dengan Ashraf Muslim di Scotland.
“Lepas 11 hari dalam wad di Hospital Sungai Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dalam tenghari tadi nurse kata Puteri negatif! Anda bebas daripada COVID‑19!,’ luah Puteri Aishah dalam entri terbaharunya di akaun Instagram.
Puteri Aishah turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaannya kepada semua petugas kesihatan yang merawatnya semasa di hospital dan juga orang ramai yang mendoakan kesembuhannya.
Sementara Ashraf Muslim positif, Ben Amir negatif jangkitan
Ben Amir merupakan salah seorang artis yang turut serta dalam penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland bersama-sama Puteri Aishah dan juga Ashraf Muslim.
Namun begitu, Ben Amir disahkan negatif jangkitan tersebut setelah menjalani kuarantin di rumah dan ujian pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Damansara.
Artikel berkaitan:
195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome
Sebelum ini, dikhabarkan Ben Amir telah pulang lebih awal ke tanah air dari Scotland pada 27 Mac yang lepas berbanding kru penggambaran yang lain.
Ummi Nazeera, Uqasha Senrose jalani ujian COVID-19 secara drive thru
Selepas pulang dari bercuti di luar negara, pelakon Ummi Nazeera telah mengkuarantinkan dirinya selama 14 hari dan mengambil inisiatif menjalani ujian saringan COVID-19 di hospital swasta.
Pelakon Bisik Pada Langit ini memilih untuk melakukan ujian saringan secara drive thru dan berkongsi pengalamannya menjalani ujian yang dijalankan dalam tempoh tidak kurang 10 minit sahaja.
https://www.instagram.com/p/B-bClltA50X/
Hasil keputusan, selebriti ini disahkan negatif jangkitan tersebut melalui satu entri di akaun Instagram miliknya.
Selain Ummi Nazeera, pelakon Uqasha Senrose turut menjalani ujian tersebut secara drive thru di sebuah hospital di Kota Damansara.
Ini berikutan kerisauannya setelah mengalami demam yang berlanjutan dan mempunyai suhu badan yang tinggi.
Artikel berkaitan:
- Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!
- Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!
Walaupun sebelum ini doktor telah menyatakan dia hanya mengalami demam biasa, namun pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini tetap melakukan ujian tersebut kerana bimbangkan kesihatan ahli keluarga lain yang tinggal bersamanya.
Kesimpulan
Artis-artis seperti yang dinyatakan di atas adalah antara contoh kepada masyarakat untuk melakukan kuarantin sendiri sekiranya pulang dari luar negara atas sebarang alasan sekali pun, tidak kira kerja ataupun bercuti.
Selain itu, jika mempunyai simptom seperti demam, kita juga digalakkan pergi membuat ujian saringan untuk memastikan sebarang kemungkinan jangkitan pada peringkat awal.
Yang penting kita perlu bertanggungjawab dan jujur dengan sebarang sejarah perjalanan atau kunjungan ke mana-mana lokasi berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Sumber rujukan
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/674361/covid-19-puteri-aishah-disahkan-positif
https://www.hmetro.com.my/rap/2020/04/563794/ben-amir-negatif-covid-19
https://www.sinarharian.com.my/article/77670/HIBURAN/PU-Riz-positif-jangkitan-Covid-19
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/04/01/ummi-nazeera
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/672727/covid-19-uqasha-senrose-buat-ujian-saringan
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/677437/ashraf-muslim-positif-covid-19
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/04/18/puteri-aishah-bebas
Rujukan artikel asal
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/674361/covid-19-puteri-aishah-disahkan-positif
https://www.hmetro.com.my/rap/2020/04/563794/ben-amir-negatif-covid-19
https://www.sinarharian.com.my/article/77670/HIBURAN/PU-Riz-positif-jangkitan-Covid-19
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/04/01/ummi-nazeera
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/672727/covid-19-uqasha-senrose-buat-ujian-saringan
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/677437/ashraf-muslim-positif-covid-19
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/04/18/puteri-aishah-bebas