7 Cara Beli Barang Dapur Online, Boleh Elak COVID-19 Dengan Tak Payah Keluar Rumah
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Untuk maklumat lanjut tentang coronavirus di Malaysia, lihat di sini.
Pada musim wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, adalah lebih baik jika anda membeli barangan dapur secara online sahaja.
Terdapat beberapa manfaat jika anda beli barang dapur online, antaranya:
- Tidak perlu bersesak-sesak di pasar raya
- Tidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran
- Mengurangkan risiko pendedahan terhadap jangkitan COVID-19
- Tidak perlu bersentuhan dengan individu lain yang boleh merisikokan anda kepada jangkitan
- Kemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless)
- Menjimatkan masa yang boleh dimanfaatkan di rumah
- Tidak membazirkan tenaga anda untuk keluar ke pasar raya
Berikut merupakan statistik terkini kes COVID-19 di Malaysia:
[covid_19]
Senarai perkhidmatan pembelian dan penghantaran barangan dapur
Untuk memudahkan anda memilih perkhidmatan pembelian dan penghantaran barangan dapur yang boleh memenuhi keperluan anda, kami senaraikan beberapa perkhidmatan yang boleh anda pilih.
#1. Tesco Online
Kawasan penghantaran: Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Seremban
Kaedah pembayaran: Menerima pembayaran kad kredit atau debit semasa penghantaran. Tidak menerima pembayaran tunai
Caj penghantaran: Ditunjukkan semasa menempah slot penghantaran
Laman web: Tesco Online
#2. Jaya Grocer
Kawasan penghantaran: Kebanyakan kawasan di Lembah Klang
Kaedah pembayaran: Tunai semasa penghantaran. Kad kredit dan debit turut diterima
Caj penghantaran: Caj standard adalah sebanyak RM9. Setiap kotak penghantaran tambahan akan dicaj RM8. Caj penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM300
Laman web: Jaya Grocer
#3. Pasaraya Mydin
Kawasan penghantaran: Sesetengah kawasan di Lembah Klang sahaja
Kaedah pembayaran: Pembayaran online menerusi eGHL. Pembayaran menerusi mobile terminal juga tersedia
Caj penghantaran: RM10. Slot pada waktu puncak akan dikenakan caj yang lebih tinggi. Percuma jika hadir pick-up di pasar raya dan caj RM5 bagi pick-up di locker
Laman web: Mydin
#4. HappyFresh
Kawasan penghantaran: Kebanyakan kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru
Kaedah pembayaran: Tunai semasa penghantaran. Kad kredit dan debit turut diterima
Caj penghantaran: Bergantung kepada lokasi anda dan jarak dari pasar raya. Caj bermula daripada RM3.
Laman web: HappyFresh
Baca artikel berkaitan:
Bosan Masak Sepanjang Kawalan Pergerakan? FoodPanda & GrabFood Sediakan Contactless Delivery!
#5. Bungkusit
Kawasan penghantaran: Seluruh Lembah Klang, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan
Kaedah pembayaran: Tunai semasa penghantaran
Caj penghantaran: Caj bermula daripada RM7.50 dan bergantung kepada lokasi dan jarak
Laman web: Bungkusit
#6. MyGroser
Kawasan penghantaran: Lembah Klang
Kaedah pembayaran: Online banking, kad kredit dan juga debit. Tunai tidak diterima
Caj penghantaran: Bawah 35kg (RM8.90), lebih 35kg (RM12). Caj penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM250
Laman web: MyGroser
Aplikasi: Android dan iOS
#7. Potboy
Kawasan penghantaran: Kebanyakan kawasan di Lembah Klang
Kaedah pembayaran: Pembayaran tanpa tunai sewaktu penghantaran (CIMB Plug & Play/Boost eWallet), online banking dan Paypal
Caj penghantaran: Percuma tanpa sebarang pembelian minimum
Laman web: Potboy
Aplikasi: Android
[mc4wp_form id=’115319″]
Jangan tunggu lagi!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Ambil telefon pintar anda atau laptop dan buat tempahan barangan dapur anda hari ini juga. Beli barang dapur online juga menjimatkan masa dan tenaga anda.
Pada musim penularan virus korona baharu ini, adalah lebih baik anda membeli barangan dapur secara online sahaja untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada jangkitan wabak COVID-19.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Sumber rujukan
Online Grocery Delivery Services in Malaysia
“Online Grocery Delivery Services in Malaysia” — Makchic
7 Online Stores In M’sia That Deliver Groceries So You Can Skip Long Supermarket Queues
https://productnation.co/my/lifestyle/27756/best-online-grocery-delivery-service-malaysia/
Rujukan artikel asal
Online Grocery Delivery Services in Malaysia
“Online Grocery Delivery Services in Malaysia” — Makchic
7 Online Stores In M’sia That Deliver Groceries So You Can Skip Long Supermarket Queues
https://productnation.co/my/lifestyle/27756/best-online-grocery-delivery-service-malaysia/